Thursday, January 7, 2010

Happy Birthday Nur Iwani

Assalamualaikum

7 Januari Hari Jadi adik kesayangan aku, Nur Iwani Binti Mohammad Kamal. Tahun ni, 2010 dia dah berumur 14tahun. Dah tua dah : p

Anyway semalam, 6 Januari 2010 pukul 9 malam aku ke Jusco Cheras Selatan sbb nak beli satu slice kek di secret recipe. Pelik pulak sbb masa nak masuk parking aku kene amik 2 tiket baru boleh masuk. ahaksss.
Sampai kedai secret recipe mintak tolong akak tu tuliskan sikit. Beli kek satu slice tapi banyak songeh pulak nak tulis panjang2. Tapi akak tu layan je la aku. Sebab kesian aku short form kan la sikit tulisan tu.




Mengikut Surat Beranak adik aku ni, dia lahir pada pukul 12.30 tghmalam. So plan aku nak kejutkan dia pada masa die keluar dari perut mak aku. Sweet tak? haha. Tepat je waktu yang dirancang, aku bawak lilin dan kek then kejut die. Dia mamai2 bangun aku dan parents aku nyanyi lagu birthday. SURPRISE!!!




Semoga Iwani murah rezeki dan panjang umur.
Berjaya dalam pelajaran dan hidup dirahmati Allah.
Semoga pipi tidak semakin tembam. Hahahaha. : p

Wednesday, January 6, 2010

Aku Terkesima

6 Januari 2010
Rabu

Hari ini aku ke Pantai Medical Centre utk buat fisioterapi. Sampai je sana aku bukak pintu tempat fisio tu aku terkejut. "salah tempat ke ni?", kata hati aku. Aku tgk semua org lain dlm tu. Org yg sebelum ni semua takde. Maybe disebabkan new year so new pekerja. Paling aku terkejut bila clerk pun bertukar jugak. Lagi tambah terkejut muka sama mcm org yg aku kenali. Maybe pelanduk 2 serupa agaknya. Tapi Aku bertambah2 terkezut tahap gaban bile nama org tu sama dgn nama kawan aku. Adakah dia mmg kawan aku??? Nak bertanya segan sbb perempuan kalo laki ok lg. So aku biarkan aje dan aku pulang dgn pnuh tanda tanya.

Saturday, January 2, 2010

Oh Kereta ~

Hari semalam mmg antara hari yang menarik dan best utk aku. Aku akan post berkaitan hari tahun baru aku dalam ms terdkat ni. So tunggu.............

Anyway cerita untuk hari ini.
2 Januari 2010
Sabtu
(aku demam kerana makan durian byk sgt)

Ayah aku nak pergi servis kereta. Disebabkan brake kereta aku mcm bising je sbb berbunyi if brake, aku call ayah aku sbb nk join dia ditempat servis : p so ayah aku boleh bayarkan skali. Disc Brake aku da calar rupenye disebabkan oleh Brake Pad yg dah haus dulu. So daripada membazir tukar disc brake tu, rupa-rupanye boleh buat grinding. Aku baru taw. hahaha. So apa yang aku buat pd kereta aku :-
  • Grinding Brake Disc
  • Tukar Brake Pad
  • New Air Filter for aircond (baru aku taw MYVI dan VIVA yg baru beli Perodua takde letak bnda ni tp ada tempat utk letak bnda ni. Pelik btul Perodua ni. So pada sapa2 tu kalo nak selamatkan cooling coil n aircond korang sume kne la letak. Harga dalam RM50)
  • Tukar Brake oil
Ayah aku pulak banyak gak buat :-
  • Tukar tayar depan
  • Tukar absober depan
  • servis biasa (tukar minyak hitam, minyak gear dll)

Cerita Bulan Disember - Part 2

13 Disember 2009
Ahad
- Reunion SMKPerimbun
- ada jugak kawan2 sekolah rendah yg dijemput datang
- agak lama tak jumpa
- ada yg last jumpa ms form 5 dlu
- makan lunch di Old Town
- lpas tu ke Alamanda utk berkaraoke
- lpas karaoke ada futsal plak



18 Disember 2009
Jumaat
- servis kereta
- tayar buat hal so kene tukar
- alang2 tukar rim trus  : p

Wednesday, December 30, 2009

Cerita bulan Disember - Part 1

Assalamualaikum

Blog ni pernah ditutup lebih kurang 2bulan atas sebab-sebab tertentu. Kini blog ini kembali lagi. Disebabkan dah lama sgt tak bercerita dalam blog ni, aku buat post berkaitan bulan Disember. So boleh cover sebulan punye post.  

Selamat Datang dan Selamat Melayari Blog Hikano
Thanks for the support.

3 Disember 2009 - 6 Disember 2009
Khamis
-Aku sekeluarga pergi ke A'Famosa untuk bermalam kat sana sampai 6 Disember 2009.
-3 dan 4 Disember 2009 mak aku ada kursus, so kami hanya berjalan ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan lain kawasan sekitar.
-Malam 4 Disember 2009 ada dinner bersama semua ahli keluarga SKM (ibupejabat).
-5 Disember 2009 subuh-subuh lagi aku dan adik laki aku, Asyraf ke KLIA untuk menjemput Makcik dan Pakcik aku blk dr Haji.
-Pada 5 Disember 2009 gak pukul 11pg aku patah balik ke Melaka sebab lupa ambil kunci rumah dalam kereta ayah aku. So stay la sana smpai hari Ahad.
-Pada petang hari yang sama aku ke Mahkota Parade dgn famili. Malam tu ayah aku belanja makan kat Kenny Roger's Roaster sempena ulangtahun perkahwinan ayah aku dan mak aku.
-Pada 6 Disember 2009 pulang ke Cheras.






My progress - ACL



Gambar sebulan lebih yang lpas...sekarang da jalan mcm biasa tapi tak berapa nak laju...

Announcement - New Blog in Town

 Blog Family Mat Noor (Family belah ayah aku)
http://www.keluargamatnoor.blogspot.com/

Blog Family Saidon (Family belah mak aku)
http://www.saidons.blogspot.com/

Sunday, October 25, 2009

4 Hari di Pantai Medical Center

22/10/2009
Khamis
-Aku masuk hospital.
-Hanya utk ambil darah.
-Boring gile nasib ada PSP.
-Nasib baik gak Durra bersama ibubapa die dtg :)


23/10/2009
Jumaat
-Masuk dewan bedah 12.30pm
-Bedah lebih kurg pkul 2pm keatas.
-Time bedah mmg tak sedar sbb diberikan ubat tidur.
-Tamat dalam 3.30pm.
-Lpas bedah ada muntah2 sikit sbb loya ubat bius.

Sebelum diusung :p


Alat kat kaki aku tu boleh diset berapa darjah kaki aku boleh dibengkok kan. Pakai sehari je pun.




24/10/2009
Sabtu
-Buat cryocuff utk kurangkn bengkak dan kecutkan otot.
Pakai bnda ni sejuk n sedap je.
-Sepatutnya dah boleh balik tp disarankan balik hari Ahad.
Pilihan ditangan ku. Aku pilih balik Ahad.
-Dah boleh jalan dgn tongkat.
En.Hisham memasang cryocuff.


25/10/2009
Ahad
-Fisioterapi punye org dtg 10am
-Doc Lau dtg melawat pkul 10.30am
-11.30am keluar hospital.

Rupe luka pembedahan...sikit je...

Wednesday, October 21, 2009

Magnetic resonance imaging and Pantai ~

21/10/2009
Rabu
9pagi

Hari ni pagi2 lagi aku dah ke Pantai Medical Center. Aku ada appointment utk MRI pd pkul 9pagi. Ni pengalaman pertama aku nak buat MRI. So aku mmg xtaw ape2 berkaitan MRI dan ape yang aku akan rasa. Sakit ke? Ngilu ke? Kebas ke? Tak rase ape2 ke?Aku masuk bilik MRI tu mmg sunyi sepi je. Ada alat besar je dlm tu iaitu alat MRI tu la. Nurse suh aku baring je diam2 dan jangan gerak. Aku tanya, brape lame? nurse jawab , dlm 45minit hingga sejam lebih je. JEEEE??? tak boleh gerak langsung utk sejam? gilo. Aku start MRI dr 9.10pagi smpai 10.05pagi. Bayangkan 55minit tnpa boleh bergerak. Patut la die suh aku tdo je. Mmg kdg2 aku terlelap gak la sbbnye die pasang lagu gak dalam tu. Mesin tu bunyi bising. Die pasang lagu utk keselesaan kite. Lagu2 yg die pasang mmg nice la wei. Sume lagu aerosmith, Scorpion, group2 old skool. Mmg nice~ Kos utk MRI sahaja RM723. Mmg mahal gile. Aku rasa mahal sbb alat tu mahal so kne charge mahal utk pulang modal agaknye. hahah. LOL

Setel MRI trus berjumpa doktor yang akan rawat aku smpai sihat. DOktor ni gak adalah doktor yg sama yg rawat adik aku accident truk dlu. Aku suka doktor ni. Baik n stylo. hahaha. Nama die Dr. Lau Choon Ping. Masalah yg timbul skrg plak ialah tekanan darah aku yg sentiasa tggi. Adakah aku ada penyakit darah tinggi???? kalo ada mmg masalah la aku ni. Doktor saran kn aku berjumpa doktor pakar berkaitan ni. Dia refer aku ke Dr. Rao.Dalam bilik Dr Rao pun best gak. Die peramah dan ajar aku macam2 hal berkaitan yang die pakar. Die periksa segala2 nye yg berkaitan tekanan darah. Kesimpulan nya aku xda darah tinggi pun. Alhamdulillah. Aku juz ada simptom yang dipanggil "white coat" symptom. Kalo korang perasan nama die leh melambang kan doktor. So kalo aku jumpe doktor aku tak takut tp aku akan dgn sendrinya berasa nerveous. ahahaha. Apa2pun aku bersyukur aku sihat je. Masa dlm bilik Dr. Rao die borak2 smbil check aku. Mmg tekanan darah turun je. Jumpe die mcm ni kne charge RM90. pun agak mahal tp mayb sbb die pakar.

Cuma hari ni Dr Lau tak charge ape2 pun. Punye la baik buat free je. Thank you so much Dr Lau.

so aku boleh proceed dengan pembedahan aku yang dijadualkan pada jumaat ini. Cuma aku diingatkan oleh Dr Rao supaya bernafas dgn cara yg die ajar supaya before bedah darah tak tggi.

Thank you so much gak pada mak dan ayah.

Monday, October 19, 2009

Star Wars DARTH MAUL figure

12" action figure
From Star Wars Episode 1
Consider rare because hard to find nowadays
The cloth is not plastic but it is a real cloth
I'm selling this because quit collecting toys
Price : Offer Me (reasonable)



Pantai ~

Isnin
19/10/2009

Hari ni aku ke Hospital Pantai Cheras utk check out lutut kaki kiri aku yang dah lama sgt tak diperbaiki. Doktor sarankan aku MRI lutut aku ni if aku betul2 nk buat pembedahan. Alang2 aku bertanyakan soalan berkaitan bahagian buku lali aku yg aku rasa sakit dah 2minggu. Doktor suruh aku xray bahagian yang sakit. Hasilnya, tiada apa2 and maybe sakit sbb flat foot n byk sgt bergerak. Nothing serious.

Aku akan buat MRI lutut aku pd hari Rabu (21/10/2009) pada pukul 9pagi. Kalau semua nya berjalan lancar, hari Khamis (22/10/2009) aku masuk wad dan hari Jumaat (23/10/2009) pembedahan.

Tuesday, September 29, 2009

Allah Maha Pemurah

Raya 1430H


Friday, September 25, 2009

CS during Hari Raya @ Kampung

Salam Lebaran

Disebabkan skrg musim final exam aku, aku tak sempat nk update blog aku berkaitan raya. Tapi skrg aku nk post kn skit slah satu aktiviti aku dikampung sewaktu semua pakcik makcik aku sdg nyenyak tdo. Waktu org tdo ni la kami bermain Counter Strike dgn menggunakan LAN. Macam biasa ada Terrorist dan ada gak Counter Terrorist.

Group Counter Terrorist

Group Terrorist

Macam dalam CC kn?

Aku sorg je main kat tgkat atas

MMg best gile la main CS bersama sepupu semua ni. Aku ni kira kali ke2 main CS ramai2. Last aku main lebih kurg 3tahun lpas dan aku mmg xreti main TAPIIII xtaw knape masa main kat kampung tu score aku 120++. Score tertinggi. Score ke2 tertinggi pun dlm 60++ je. Mayb kebtulan kot aku tembak tepat...hahahah...ape pun yg pentg mmg kami enjoyyyyy~

Thursday, September 17, 2009

Tips Balik Kampung

Assalamualaikum

Saya, Hanafi sebagai penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga saya,saudara mara, kekasih hati saya, kawan2 MMU, kawan2 SMKPerimbun, kawan2 GTR, semua yg mengenali saya, semua pembaca blog dan semua umat Islam sedunia. Disini saya sediakan sedikit tips dan ingatan bersama sebagai persediaan untuk pulang ke kampung halaman.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya:-

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum menukar lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika anda teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
TIPS keselamatan rumah ketika pulang ke kampung berhari raya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:
  1. Sebelum meninggalkan rumah pastikan semua peralatan elektrik dicabut atau ditanggalkan terutamanya menggunakan kuasa elektrik yang besar seperti seterika kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas.
  2. Selain itu, bagi mereka yang membuat kuih jangan lupa matikan oven kerana dikhuatiri lupa untuk menutup gas memasak. Ini bagi mengelakkan haba yang terlalu panas menyebabkan berlakunya kebakaran.
  3. Kita pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah contohnya kita memberitahu jiran kalau ada kebakaran mereka boleh memaklumkan kepada pihak bomba secepat mungkin.